1. PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN
Seorang yang dewasa berusia lebih dari 18 tahun 6 bulan dan menjadi pemimpin boleh menubuhkan kumpulan dengan menulis surat kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah/Setiausaha Persekutuan Tempatan untuk menyatakan tujuannya atau penerangan cara menubuhkan Pasukan Pengakap. Bila Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Persekutuan Pengakap Tempatan berpuas hati maka 3 keping borang PPM – (8) akan dikirimkan kepada pemimpin berkenaan untuk dipenuhkan. Setelah lengkap dan ditandatangani oleh Kuasa Penganjur (Guru Besar) dan bakal pemimpin, hendaklah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Apabila mendapat kelulusan dari Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, maka bakal pemimpin hendaklah bersetuju menerima tujuan-tujuan, cara-cara dan dasar Persekutuan untuk mengusahakan dengan sedaya upayanya.
a) Menubuhkan jawatankuasa Kumpulan dengan secepat mungkin dan tidak lewat dari 3 bulan setelah kumpulan ditubuhkan.
b) Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 patrol dan tidak lebih dari 6 patrol mempunyai sejumlah 18 / 48 orang ahli. Apabila lebih dari dua unit maka hendaklah ada seorang Pemimpin Kumpulan, 2 oreang pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin. Jika satu unit sahaja maka hendaklah ada seorang pemimpin bertugas dan beberapa orang penolong-penolongnya mengikut keperluan kumpulan itu.
c) Menegaskan tentang keagamaan dalam pengakap supaya perjalanan kumpulan itu mengikut nilai-nilai agama.
d) Menentukan semua ahli pengakap menerima latihan sepenuhnya mengikut skim latihan.
e) Menolong kumpulan itu untuk mendapatkan tempat / rumah yang sesuai dan peralatan latihan untuk berlatih.
f) Pemimpin mesti patuh akan Dasar, Pertubuhan dan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Bagi ibu pejabat, seterusnya menerima borang PPM-8 dua salinan akan dikembaliukan ke Pesuruhjaya Negeri dan Persekutuan Tempatan untuk direkodkan. Usaha seterusnya oleh kumpulan ialah pembayaran pendaftaran keahlian dan kumpulan dengan memenuhkan borang PPM 1 (A) dan PPM (B)
Borang pendaftaran kumpulan RM 10.00
Borang pendaftaran ahli pengakap RM 3.00
Bayaran pendaftaran pemimpin / ahli biasa RM 5.00
2. PERATURAN DAN PEMBATALAN KUMPULAN.
Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftarannya bersekali dengan keahliannya, maka kumpulan itu tidak dibenarkan menjalankan latihan / perjumpaan dan tidak dibenarkan ahli-ahlinya memakai uniform pengakap. Kumpulan itu dengan sendirinya digantung keahliannya mengikut peraturan perlembagaan Persekutuan peraturan 44 – 46 dan 47.
Dalam masa penggantungan semua latihan kumpulan dan pemimpinnya secara automatis digantung keahlian pemimpinnya serta tauliahnya mengikut peraturan 80 PPM.
Walau bagaimana pun penggantungan ini adalah sementara sehingga kumpulan itu memperbaharui pendaftaran keahliannya. Pihak Persuruhjaya Daerah akan memaklumkan kepada kuasa penganjur akan kesalahan perkara ini. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah pemimpin setelah pendaftaran disempurnakan kemudian.
3. PENTADBIRAN KUMPULAN
a) Majlis Kumpulan
Keanggotaan Majlis Kumpulan hendaklah terdiri dari:-
i) Seorang Pengerusi
ii) Seorang Setiausaha
iii) Seorang Bendahari
iv) Sekurang-sekurangnya 7 orang ahli jawatankuasa
v) Pemimpin kumpulan adalah sebagai ahli tasmi bagi mewakili Majlis Pemimpin Kumpulan.
vi) Kuasa Penganjur adalah sebagai penasihat.
b) Majlis Pemimpin Kumpulan.
i) Pemimpin kumpulan / pemimpin bertugas – Pengerusi
ii) Seorang pemimpin dilantik - Setiausaha
iii) Semua pemimpin dan penolong pemimpin - jawatankuasa
c) Majlis Ketua Patrol
Pemimpin kumpulan hendaklah menubuhkan Majlis Ketua Patrol yang terdiri daripada ketua-ketua patrol dan penolongnya.
4. TAULIAH-TAULIAH
Pemimpin kumpulan hendaklah memohon tauliah tetap/sementara pemimpin kepada Pesuruhjaya Daerah untuk pemimpin-pemimpin seperti berikut.
a) Tauliah Tetap – kepada pemimpin yang telah menghadiri dan lulus Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat II
b) Tauliah sementara – kepada pemimpin yang belum menghadiri sebarang kursus kepimpinan manikayu.
c) Tanpa Tauliah – pemimpin yang tidak mempunyai sebarang tauliah, maka ianya tidak boleh menjalankan latihan kepada ahli pengakapnya.
5. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN.
a) Buku log Kumpulan.
- Kedatangan ahli unit tiap-tiap perjumpaan .
- Perharian
- Stok alatan kumpulan
- Persediaan mengajar / program latihan
- Kutipan yuran.
b) Surat kebenaran ibubapa / penjaga
- Pemimpin unit hendaklah terlebih dahulu membuat surat kebenaran murid/pelajar yang ingin memasuki unit pengakap dari ibubapa mereka dan surat kebenaran ini hendaklah disimpan dan difailkan.
c) Butiran peribadi Unit Pengakap.
- Nama ahli, No. K.Pengenalan
- Tarikh lahir, bangsa , agama, kesihatan
- Nama ibu bapa, alamat keluarga
- Kecenderungan/minat.
saya ingin anak saya menjadi ahli pengankap yang sentiasa diberi latihan dan perhatian sehingga menjadi pemimpin pengangkap yang baik hingga KE PERINGKAT DUNIA dalam usia remaja lagi. bagi penyediaan diri dan menteliti anak saya. saya ingin mohon agar anak saya diberi kursus kursus dan latihan intensif bagi meningkatkan ilmu pengetahuannya dari asas. Mengikuti silibus di peringkat sekolah modulenya sangat lambat dan kurang aktif. oleh itu jika ada kursus kurus luar sekolah untuk pengangkap. saya ingin mendaftarkan anak saya bagi tujuan mendapatkan bimbingan yang lebih agresif dan padu. terima kasih atas perhatian tuan.
ReplyDelete