Kaedah atau cara Pengakap adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri Dengan melalui:
* Persetiaan Dan Undang-Undang Pengakap
* Belajar sambil membuat
* Mempunyai kumpulan kecil ( seperti Sistem Berparol)
* Skim Latihan Kemajuan * seperti menyusun rancangan untuk Muda-Remaja)
Pengakapan merupakan suatu program. Program aktiviti Pengakapan mempunyai cirri-ciri seperti berikut:
- Situasi sebenar kehidupan belia di dalam masyarakat tempatan.
- Membantu belia untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
- Hasil daripada minat belia itu sendiri.
- Ia mempunyai kelonggaran di mana apabila situasi baru timbul idea-idea tersebut boleh disalurkan secara terus menerus.
- Ia adalah seimbang dan tidak menekan kepada mana-mana bidang tetapi membekalkan perkembangan serta pengalaman semua belia dalam apa juga peringkat umur.
- Ia adalah tersusun, progresif dan membuat belia dapat merasakan serta mengecapi sesuatu dari masa ke semasa.
- Ia adalah kreatif kerana ia memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk menunjukkan kepimpinan, inisiatif, berdikari, berusaha menghasilkan sesuatu yang asli dan membuahkan fikiran serta melhirkan perasaan.
Pengakap merupakan belia. Ini adalah kerana belia melihat dunia ini dengan penuh imaginasi, perasaan ingin tahu dan kemusykilan. Mereka meneroka cabaran sepenuh hati. Setiap hari membawa harapan keseronokkan, kesedihan dan pengalaman baru yang memberi erti yang mendalam kepada mereka. Pengkapan memberi mereka satu dunia baru di mana mereka mempunyai ruang, tempat untuk mereka bermain, boleh bergaul dengan rakan-rakan di mana mereka juga mempunyai peluang untuk berekreasi dan bebas daripada kongkongan kehidupan keluarga seharian.
Pengakapan merupakan suatu kumpulan. Mencari pengalaman dan mempelajari sesuatu yang dilakukan di dalam kumpulan kecil, di mana belia dapat:
- Peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.
- luang untuk belajar daripada rakan sebaya.
- Peluang untuk menyesuaikan dan memperkembangkan diri untuk memenuhi kehendak individu.
- Peluang untuk menyertai dan mengecapi sesuatu kejayaan.
- Peluang bagi ahli-ahli untuk hidup bersama-sama dan menyumbangkan sesuatu kepada kumpulan.
Pengakap merupakan kepimpinan. Dimana belia diberi peluang untuk memperkembangkan kemahiran memimpin dengan memainkan peranan sebagai pemimpin dalam satu kawasan atau kumpulan yang kecil.
Pengakapan merupakan suatu keseronokkan. Ini adalah kerana keseronokakkan merupakan salah satu daripada program Pengakapan itu sendiri yang menggunakan kaedah Pengakap. Baden Powell sendiri pernah berkata bahawa “Jika Pengakap itu tidak ada keseronakkan maka ia akan kehilangan daya tarikan dan kejayaan”.
No comments:
Post a Comment