Thursday, April 5, 2012

Selamat Berpengakap

Tujuan laman web ini dibina adalah untuk berkongsi pengalaman dalam aktiviti berpengakap. Saya telah melayari pelbagai laman web berkaitan dan memilih bahan yang boleh dikongsi bersama untuk memajukan pergerakan Pengakap.
Pengakap adalah suatu pekerjaan yang dilakukan secara sukarela. Setiap orang yang terlibat dengan pergerakan pengakap haruslah sama-sama memikirkan bagaimana untuk meningkatkan pandangan masyarakat tentang pergerakan pengakap.
Keikhlasan dan pengorbanan perlu digarap bersama-sama untuk meletakkan pergerakan pengakap sebagai unit beruniform yang disegani dan diminati oleh ahlinya khasnya pergerakan pengakap di sekolah.
Marilah kita bersatu hati untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti pengakap. Jangan mengharapkan sanjungan dan pujian jika anda ingin berjaya. Sesungguhnya, keikhlasan dan kejujuran kita tanpa mengharapkan balasan dan sanjungan adalah satu ibadah dalam kehidupan.
Segala bahan yang saya letakkan di laman web ini diharap akan dapat membantu Pemimpin Pengakap di sekolah, Daerah dan Negeri untuk sama-sama mempertingkatkan nama pergerakan Pengakap sebagai satu unit uniform yang disegani dan dihormati.
SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP.

No comments:

Post a Comment