Thursday, April 5, 2012

APA ITU PENGAKAP?


Pengakap adalah merupakan sebuah atau satu pergerakan atau pertubuhan sukarela yang tertua di dunia. Ia juga sesuai dianggotai oleh semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat orang tua.

Peringkat Pengakap?

Terdapat lima peringkat dalam pengakap didalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
  1. Pengakap Kanak Kanak - ahli ahli yang berumur antara 8 hingga 12 tahun
  2. Pengakap Muda - ahli ahli yang berumur antara 13 hingga 15 tahun
  3. Pengakap Remaja - ahli ahli yang berumur antara 16 hingga 17 tahun.
  4. Pengakap Kelana - ahli ahli yang berumur antara 18-40 tahun.
  5. Pengakap Raja - ahli ahli yang telah mengikuti Pentarafan Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yang ditandatangani oleh SPB Yang Di Pertuan Agong serta 9 Sultan Sultan Melayu

Apa itu berpengakap?
Pengakap dan berpengakap dua rangkap kata yang mempunyai makna berasingan. Pengakap adalah seperti yang dijelaskan di atas iaitu sebuah pergerakan atau pertubuhan sukarela manakala berpengakap bermaksud kita yang terlibat di dalam pergerakan pengakap.

Pergerakan pengakap menyediakan aktivitinya kepada budak-budak dari umur 8 tahun ke peringkat belia dengan menitik-beratkan terhadap 4 konsep diluluskan Persidangan Pengakap se Dunia.
Pertama, Perkembangan keperibadian, kedua, latihan kewarganegaraan, ketiga ,kemahiran untuk berdikari dan keempat khidmat kepada masyarakat. Mensesuaikan dengan peningkatan belia 60 peratus di Malaysia, pengakap Malaysia menyediakan latihan ke arah menjadi warga negara yang baik, berdisiplin dan sihat dengan menekankan 4 prinsip:
Setiap pengakap harus dapat mengembangkan kebolehan yang sedia ada pada dirinya. Berdikari agar mendapat halal bagi diri dan keluarga. Membekalkan pengalaman yang cukup agar dapat membantu diri sendiri dan memberi sumbangan kepada orang lain.
Pengakap dilatih berjimat cermat dan tidak membazir. Jadi, ternyata masalah kegawatan ekonomi negara sekarang dengan mudah dapat diatasi oleh setiap anggota pengakap Malaysia. Undang-undang pengakap ke 9, telah mendisiplinkan mereka berjimat dan tidak boros. Menjadi amalan pengakap menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang-orang di bawahnya. Sama ada melalui kegiatan peringkat kumpulan, daerah dan negeri.
Menurut buku ”Scouting For BoysLord Baden Powell menekankan bahawa tujuan utama Kepengakapan adalah untuk membina budak-budak dalam hal-hal:
  • Keperibadian Diri
  • Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani
  • Kerja tangan dan Kemahiran
  • Berkhidmat Untuk Awam
Usul Pertama
Melandaskan semula TUJUAN LATIHAN KEPENGAKAPAN mengikut Akta Pengakap 1968 dan POR PPM
Menurut Seksyen 5 (1) Akta Pengakap 1968 tujuan PPM adalah untuk menggalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:
  1. Melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;
  2. Menanam sifat-sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang lain;
  3. Mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan
  4. Memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.
Seksyen 5(2): Prinsip-prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pengakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.
Peraturan 1(a) POR menyatakan bahawa tujuan PPM adalah untuk:
  1. Memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya
  2. Melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan menimbangkan orang lain
  3. Mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya
  4. Memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.

Mencapai keperibadian Diri, Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
  • Mempunyai Sikap bertimbang rasa
  • Menghormati hak orang lain.
  • Berdisplin.
  • Membina sifat Kepimpinan.
  • Bertanggungjawab.
  • Menjaga maruah dan moral diri.
  • Kesateriaan dan kepewiraan.
  • Kemampuan berdikari
  • Mempunyai sikap berani.
  • Sentiasa Riang.
  • Daya pemikiran yang tinggi.
  • Berugama dan taat pada Tuhan.
  • Menghormati dan dihormati.
  • Mempunyai harga diri.
  • Taat dan Setia kepada Raja, Ketua dan Ibubapa.
Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui:
  • Menjalankan kerja-kerja mengikut sistem berpatrol.
  • Mengadakan Permainan “Team Building” secara berkumpulan.
  • Court of Honor – Majlis Ketua Patrol
  • Memahami dan mengamalkan Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
  • Kerja-kerja dan Aktiviti Pengakap.
  • Mengadakan Khemah Ibadat
  • Menghargai Alam Semulajadi.
  • Mengkaji dan bercerita tentang alam.
  • Astronomi.
  • Sayang kepada binatang.
  • Berkhidmat untuk orang.
Untuk mencapai taraf Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani yang tinggi, Lord Baden Powell menyatakan bahawa cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
  • Bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.
  • Ilmu Kesihatan.
  • Kesederhanaan.
  • Mengawal hawa nafsu.
  • Berkhemah.
  • Pembangunan Jasmani.
  • Bersukan.
  • Berenang.
  • Mengembara.
  • Mendaki dan aktiviti alam.
Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
  • Kemahiran Teknikal.
  • Kebolehan mencipta.
  • Intelektual
  • Daya memerhati.
  • Boleh membuat rumusan.
  • Boleh menerangkan.
Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
  • Kerja Tangan Pengakap.
  • Kemahiran Berkhemah.
  • Pioneering.
  • Penganugerahan melalui lencana-lencana terhadap perbagai kemahiran.
  • Kegiatan masa lapang.
  • Kemahiran di Hutan.
  • Menjejak Binatang
Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
  • Tidak Mementingkan diri sendiri.
  • Tanggungjawab sivik.
  • Patriotisma.
  • Berkhidmat untuk Negara.
  • Berkhidmat untuk Kemanusiaan.
  • Berkhidmat dan beribadat untuk Tuhan.
Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
  • Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
  • Menolong Orang.
  • Bantuan Awalan Perubatan.
  • Meyelamat Nyawa.
  • Ahli Bomba.
  • Pasukan Kemalangan.
  • Pembantu Hospital.
  • Lain-lain Perkhidmatan Masyarakat.



No comments:

Post a Comment