Thursday, April 5, 2012

TUJUAN BERPENGAKAP


Tujuan berpengakap?
Berpengakap bermaksud kita melibatkan diri di dalam pergerakan atau pertubuhan pengakap. Di dalam pergerakan pengakap kita akan melibatkan diri kita sama ada di dalam pasukan yang ditaja atau terbuka.

Walaupun demikian matlamatnya adalah sama seperti:-
  • Untuk menggalakkan pembentukan jasmani, akal, social dan rohani anak-anak muda supaya mereka dapat melibatkan diri dalam pembangunan masyarakatnya.
  • Menyediakan suatu rancangan latihan yang progresif, menggembirakan dan menarik, yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang dan berpandukan kepada kepimpinan dewasa.
  • Prinsip serta amalan adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang yang diterima secara sukarela oleh setiap individu yang berminat untuk melibatkan diri di dalam berpengakap.
  • Berpengakap itu adalah satu permainan yang berbeza dengan permainan yang lain. Permainan yang bukan menentukan yang menang dan yang kalah.
  • Anugerah Pengakap Raja dicipta untuk menguji ketabahan, kepintaran dan membuktikan kebolehan seseorang pengakap dengan menujukkan taraf tanggungjawab dan kepimpinannya.
  • Sistem latihannya telah disesuaikan mengikut peringkat umur ahli dan kematangan masing-masing menerusi didikan berdasarkan unit-unit tertentu seperti Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan seterusnya.
  • Seorang Pengakap boleh berusaha dan melayakkan diri bagi Lencana Keahlian untuk mamasuki ke Bahagian Pengakap Kelana.
Persekutuan ini ialah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya,menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain - mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai,dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya - memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama. "Petikan daripada..AKTA PARLIMEN NO.38 TAHUN 1968 (act. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia) PINDAAN NO.143 TAHUN 1974, BAHAGIAN II : TUJUAN DAN DASAR.

No comments:

Post a Comment